syukur;
tuk semalam, contengan makna dan rasa

syukur;
tuk hari ini, peluang mencipta bahagia

syukur;
tuk esok, penuh harapan juga rahsia Dia

Wednesday, February 08, 2017

memory loss - please nooot for this one!


last time, scrolled fb's timeline. tetibe heran sebab pernah rapat dengan orang tu, orang ni. aik. macam tak pernah kenal pun seingatnya. tengok tarikh, lagilaa rasa nak nangis. mak aih. baru 3-4 tahun berlalu kot. T__T. seyes eh memory lost.


tapi dalam banyak2 kenangan yang makin kabur, this very one person je yang saya nak ingat sampai mati. vividly.


this one guy.

my mr.knight in grey jubah and shining armour, riding a white horse.


video


credit to his friend. may Allah bless you, dik. keep replaying this vid everytime i switch on my lappy. Dulu-dulu, kalau nyanyi Belaian Jiwa, memang cekal kontrol suara, nak kasi sebijik macam vokal Innuendo. (walaupun kompem tak menjadi). tapi sekarang, dengar intro 3 4 saat dah berbuku rasa kat dalam.

.
.
.
.
.

kawan-kawan pun baik je... sanggup tunggu kat hosp dari awal dapat berita pasal dia, sampailah hantar jenazah ke sini. sampai tak sempat makan. baca tahlil. ulang-dan ulang.


"dia baik sangat kak, salu ajak pegi mengaji pondok..." -junior

"kitorang satu usrah, dia naqib saya, kak..." -junior

"saya kawan dia, salu sama-sama berkhidmat kepada ulama kat area kedah ni..." -senior

 "madam salu tegur sebab dia masuk kelas lambat, gara-gara nak solat asar dulu..." -classmate

"dia yang salu tegur; aurat tu, tangan tu, tegur pasal solat..." -classmate




masa ziarah pondok yang dia salu pegi, sempat ustazah tu cerita...


"dia ni even lambat pun, akan datang jugak ke pondok. tak pernah tinggal. sebab tu, kalau ustaz dengar je bunyi motorsikal dia sampai, ustaz akan sambung lagi pengajian even 10 minit pun..." -ustazah pondok

"berair mata dia masa bagitau yang permohonan bantuan kewangan untuk program kat pondok tu tak dapat kelulusan pihak xxx. banyak dia tolong kat sini..." -ustazah





dan sungguh, takde kebaikan yang lebih indah untuk seorang hamba Allah bila ibu dia sendiri kata;

"mama dah redha dia pergi...".


redha Allah tu dengan redha ibu bapa. berapa banyak bacaan alQuran mama sedekahkan untuk dia. dari dulu sampai sekarang, everyday. tahlil, zikir, dan jariah. lagi dan lagi.

mama set phone's wallpaper gambar dia. gambar dia senyum. sebab mama kata, nak dia senyum macam ni kat sana.


_______________________________________________


ah, asalnya nak tulis benda lain, melencong ke benda lain. alahai. kan dah lupa point.


_______________________________________________


Semoga Allah kurniakan husnul khatimah buat kita semua.

Urusan awak dah selesai, saya yang risau pengakhiran saya macam mana.


.
.
.
mohonsado!

No comments:

Post a Comment