"at-tahrim tu orang salu jadikan mahar, tau tak?" ah tetibe pulak.
angkat kening. tak paham. apa kes pagi-pagi buta buka ceritera kawen bagai.
*nak gelak pun ada. tahankan je la. tsiqoh tsiqoh, peace.
"find it out by yourself, why is it so special, keyh. 12 ayat je pun nak kaji."
erk! *jelir lidah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ok. basically surah at-tahrim ni tiga parts. ayat 1-5, then 6-9, lastly 10-12. tapi semua tu akhirnya is an "enormous" continuous story - belek-belek kitab tafsir cket, tanya ustazah2, dan tadaa you will see the big picture then i.Allah~
tapi harini, fokus writing part last sahaja ye. seyesly, bacala kisah at-tahrim tu. susunan citer yang sumpah indah, banyak ngat pengajarannya.
terimalah~~bismillah, semoga bermanfaat.
tiga
ayat terakhir surah at-tahrim ni Allah citer kisah para isteri zaman sebelum Nabi Muhammad SAW diutuskan;
1. Kisah
isteri Nabi Nuh dan Nabi Luth
2. Kisah
Asiah isteri Firaun
3. Kisah
Maryam puteri Imran.
So, realize
the differences between them? Nampak tak? Haha no hal lah
kalo tak perasan, saya pun tak nampak juga perkaitannya at first. So jom
sama-sama baca lagi. Ngee~
1. Isteri
Nabi Nuh dan Nabi Lut, both adalah isteri seorang Nabi. Dan kita maklum kan
Nabi ni cane imannya, akhlaknya, apa tugasnya etc. Logiknya, dah sebumbung
dengan si pembawa risalah agung, mestilah diorang yang terkena tempias keimanan
tu lebih dari orang lain kan. Macam kalo isteri-isteri Nabi Muhammad, haa
sampai digelar ummahatul mu’minin. Tapi sebaliknya yang jadik, both tak beriman
pun dengan dakwah suami dorang.
See?
Bernaung di bawah bumbung keimanan, tapi pilih untuk tidak beriman.
2. Isteri
Firaun pulak lain ceritanya. Sape tak kenal Firaun? Haha ok la. Memang tak
kenal, tapi at least pernah dengar citer pasal Firaun kan. Citer zaman Nabi
Musa a.s. tu. Haa itulah citernya. Bukan citer mumia-mumia bagai ek.
Tapi nak
katanya, betapa si Firaun yang mengaku Tuhan, kezaliman yang entah tahap apa,
dan kerajaan yang besar… tapi alih-alih Allah takdirkan isteri dia beriman kepada
Allah. Betapa, logiknya, isteri kot, segala benda dapat kalo mintak, (even
Asiah pujuk nak jaga bayi lelaki yang beliau jumpa tu pun Firaun kasi je
akhirnya – ye, semua atas izin Allah jugak). So, tak pelik kalo Asiah pun
tersibghah dengan kezaliman Firaun. 24/7 dikelilingi unsur-unsur yang tak
membina iman langsung, unsur kufur ada lah!
Tapi,
amazingnya, dengan takdir Allah, Asiah memilih utk beriman kepada Allah kan. Itu kisahnya, cool tak citer dia? Jelas tak ni?
ok. kasi chance dulu utk sel-sel otak berhubung. weee~go.
Tudiaa.
Dua kisah tu Allah kasi pasal married women zaman dahulukala. Bersuamikan Nabi
atau Firaun, tapi akhirnya Ketaatan itu pilihan sendiri! Kan, kan. takde orang boleh paksa. Jelas sudae?
Haa tapi jangan pulak menempah bala nak kawen dengan insan zalim. Iman kak oi,
pilih yang beriman. Kawen tu nak melengkapkan iman, nak menguatkan umat, etc.
Bukan sebab nafsu semata-mata, bukan juga nak cari driver, nak dapat bodyguard
free, nak mesin cetak duit. etc.Takde maknanyee nak gadai agama dengan doniaa. kerna akhirnya kawen tu is a pintu ke suatu dunia yang lagi mencabar, boleh bawa ke syurga atau ke neraka. panjang lagi ceritanya...hm. kamu lebih arif.
Then, kalo kes akhawat, even
bait muslim tu bukan dibina dengan insan sejemaah yang katanya faham dan melaju
dengan amal dakwah bagai tu, itu sebenarnya bukan titik noktah jalan dakwah
seorang al-ukht. Titik noktah yang sebenar is bila dia sendiri yang menitikkan
noktah tu pada langkahnya, in simpler words, bila al-ukht tu sendiri yang quit,
bagi alasan itu ini… Akhirnya konfius sendiri, adakah ia semata mata suatu
kefuturan atau sebuah keguguran.
*sampai sini je boleh diulas, sebab KPI individu dalam
D&T tu, kena tanya sama hati. Semoga iman masih sudi menjawab.
p/s: katanya,
al-ukht sadiqah itu…
Saidatina
Khadijah r.a. sebagai ikutan
Ummahatul
mu’minin sebagai panduan
Memandang
zainab al-ghazali sebagai contoh tauladan
sahabiah-sahabiah
yang bak bintang di langit malam penunjuk jalan buat si musafir dagang itu juga
jadi pedoman.
Walau jauh
bezanya, tapi mencontohi yang terbaik itu adalah satu cara utk jadi yg
baik-baik. Kan.
Part, the knight
in shining armour tu, yes memang akan affect seseorang sedikit sebanyak, sejujurnya. Tapi
tapi, ingat tak kisah Asiah tu, betapa teguhnya pendirian dia dengan keimanan.
Pengharapannya kepada Allah pun bukan kecik. Ce tengok apa doa Asiah kepada
Tuhannya?? Haa. Jadilah muslimah yang berprinsip, prinsip yang bukan sekadar di bibir, tapi zahir pada tingkah laku juga. Pasak sedalam-dalamnya sehingga apa yang automatically terkeluar dari setiap anggota setiap detik, itulah manifestasi sebuah keimanan dan prinsip yang jelas dalam diri. Allah tu kan sentiasa ada utk membantu hambaNya. Akhirnya, the one who will make the decision is YOU jugak lah kan. Kena skill
kena cara, inshaAllah that one with shining armour tu akan masuk barisan kader
dakwah juga dengan izin Allah.
Preparation before kawen tu sangat penting, bukan main lompat-lompat tangga
gitu je. Yup, takde ukuran “kesempurnaan” dalam persediaan utk sebuah
perkahwinan. “Am I ready for a marriage?” Itu soalan khusus buat iman, bukan
nafsu. Takde istilah kawen sebab trend, nanti cerai pun ikut trend, tak mustahil. Sebab akhirnya, perkahwinan tu tak menjadikan kita orang yang baru. Kita
masih kita selagi mana kita tak nak berubah. Nak berubah, nak jadi baik, nak
pilih ketaatan berbanding kemaksiatan, itu masanya sebelum nikah, masa
tanggungjawab tu tak bercambah berselirat lagi. Bentuk diri sebaik mungkin, itu
yang orang selalu dok kata tu. Menjadi, bukan mencari.
p/s; selagi masih bernafas, ada je peluangnya utk berubah ke arah kebaikan, either dah kawen or masih single, peluangnya masih sama. cuma, waktu sendiri-sendiri tu lah is the best time to be your best self, senang, tanggungjawab masih tak bertingkek-tingkek laie. Pintu taubat Allah tu sentiasa terbuka, tau! cumanya, kite tatau bila tarikh kematian kite sendiri, so berlumba-lumbalah utk berubah jomm.
3. The third stroy, pasal Maryam puteri Imran. Ni spesel utk yang single mingle. *big grin*.
Masing-masing tahu kisah Maryam bintu Imran ni kan sedikit sebanyak. haa jom recheck surah Maryam dan ali imran jom. :) banyak ibrah kat sana. ada yang terlepas pandang pun ada. take-home lessons haa kutip jangan tak kutip, utk dipraktik. alQuran masing-masing ada kan. baca quran, belek tafsir, tanya ustazah2, nanti kita share sama-sama lagi. hee~ camne background dia, camne bila dia diuji dengan ujian yang sumpah berat, camne penerimaan dia, camna tawakkal dan keyakinan dia...Maryam, dia pun manusia macam kita, bukan malaikat. hee tak teruja ke nak korek-korek kisah peribadi agung tu?? kenapa sampai kisahnya Maryam diceritakan dalam Quran sebaris dengan wanita hebat yang lain? Kenapa sampai ada Surah Maryam...? Kisah ali Imran??
Ok. itu homework! *kenyitmata*. Pehh. satgi semua cari kisah Maryam ye,tafsir fi zhilal ke, tafsir ibnu abbas ke...baca ala-ala macam baca novel gitu ea kasi feel. tapi, novel yang ni, based on the real story lagi. kaji sekali watak dan perwatakannya, sebagai ikutan dan tauladan. huh hebakk ah! Islam sangat comel, semua dah ada guidance. Betapa, Allah tu lagi lahhh Maha Hebat, Maha Sempurna, dan Maha Segala.
p/sss: inshaAllah, semoga Allah kasi peluang untuk kita rasa "betapa beruntungnya aku ni islam, Allah siap kasi manual tebal cenggini utk cari jalan pulang ke Sorga...yang penuh mukjizat, sesuai dipraktik dari dulu sampai hari kiamat... Betapa, AlQuran tu kadang-kadang kite duk "tinggi"kan sangat sampai takut nak sentuh, takut nak baca...padahal isinya tu penting bak hang! duk perap camtu, memang tak de maknanyee laa.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
akhirnya, at-tahrim itu... kenapa ia jadi mahar? Baca la dulu satu surah. Kaji. Hang nak baca sikit tapi nak tahu semua benda?! haha mau kena luku ini orang~ till then.semoga bermanfaat. next, biar amal berbicara.
*sambung kerja.
No comments:
Post a Comment